Pelajar Tahun 2 dan ke atas diberi kelonggaran membuat bayaran yuran secara ansuran dua kali sahaja untuk satu sidang akademik. Tarikh akhir menjelaskan yuran secara dua ansuran ini akan dimaklumkan oleh Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari melalui laman sesawang CampusOnline dan portal e-Pembelajaran

Jadual bayaran sidang akademik 2021/2022 (Selain Pelajar Tahun Satu)

Berikut adalah struktur yuran PPPJJ

Denda Lewat

  1. Pelajar akan dikenakan denda bagi setiap ansuran sekiranya gagal untuk menjelaskan bayaran yuran.
  2. Bagi pelajar yang membuat bayaran selepas tarikh yang ditetapkan (seperti jadual), mohon untuk membayar YURAN PENGAJIAN BERSERTA DENDA LEWAT. Abaikan perkara (2) jika caj denda lewat telah dipaparkan dalam sistem eFas
  3. Pelajar yang membuat bayaran penuh selepas tarikh yang ditetapkan juga akan dikenakan denda lewat.
  4. Pelajar juga akan disekat untuk pendaftaran Sidang Akademik 2022/2023 sekiranya yuran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Kaedah Pembayaran

Siswa berdaftar perlu membuat pembayaran yuran secara atas talian melalui portal ePayment. Kemudahan ini menyediakan bayaran melalui penggunaan kad kredit MasterCard/Visa dan perbankan internet (FPX) dengan penglibatan bank tempatan dan antarabangsa. Disertakan cara-cara pembayaran yuran seperti berikut :

Yuran Menangguh Pengajian/ Menarik Diri

Berikut adalah jenis yuran yang dikenakan/dikecualikan mengikut tempoh menangguh/menarik diripelajar :


Kegagalan dalam Pembayaran Yuran

Pelajar boleh dihalang dari mengambil peperiksaan akhir sekiranya TIDAK menjelaskan yuran pengajian. Kursus yang dihalang akan diberi gred ‘X’.

Last modified: Thursday, 14 September 2023, 3:19 PM