MAKLUMAN UMUM - HEBAHAN RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR, SIDANG AKADEMIK 2023/2024

MAKLUMAN UMUM - HEBAHAN RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR, SIDANG AKADEMIK 2023/2024

by Admin PPPJJ -
Number of replies: 0

HEBAHAN RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR, SIDANG AKADEMIK 2023/2024

Tempoh permohonan rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan bagi Peperiksaan Akhir, Sidang Akademik 2023/2024 adalah mulai 4 SEPTEMBER 2024 HINGGA 4 OKTOBER 2024. Rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan yang diterima selepas tempoh ini tidak akan dipertimbangkan oleh pihak Universiti.

Peraturan penyemakan semula keputusan peperiksaan bukan bermaksud penilaian semula skrip jawapan. Penyemakan semula akan melibatkan hanya pengesahan sama ada setiap jawapan di dalam skrip jawapan telah diberikan markah dan pengiraan markah adalah betul.

Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut berkenaan kaedah permohonan semakan semula keputusan Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2023/2024.

Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik