Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman, Sistem Penilaian Pengajaran (Teaching Assessment) bagi Sidang Akademik 2023/2024 telah dibuka.
Penilaian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelajar mengenai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh pensyarah untuk kursus masing-masing bagi penambahbaikan berteruskan oleh pusat pengajian.
Sehubungan itu, para pelajar WAJIB untuk melengkapkan penilaian ini melalui pautan ‘Sistem Penilaian Pengajaran’ dalam portal e-Pembelajaran PPPJJ. Tarikh akhir untuk melengkapkan penilaian ini adalah 14 Julai 2024.
Sila ambil maklum bahawa semua maklum balas anda adalah SULIT.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa)