Section outline
-
Selamat Datang ke Kursus Pensejarahan Barat dan Timur
Kursus ini merupakan tinjauan secara perbandingan di antara penulisan sejarah di Barat dan Timur, atau Eropah dan Asia. Mengenai Pensejarahan Barat, ia bermula dengan Zaman Klasik yang meninjau tentang pensejarahan Greek (Herodotus , Thucydides) dan Rom (Sallust, Livy, Tacitus, dan lain-lain. Hal ini diikuti oleh Zaman Pertengahan (Africanus, Eusibius, St. Augustine, dan lain-lain), dan akhirnya Pensejarahan moden, yang dimulai dengan abad Renaisans, lalu Abad Pencerahan dan hinggalah kepada peranan tokoh-tokoh seperti Ranke dan Marx.
Mengenai pensejarahan Timur, tinjauan akan dilakukan terhadap penulisan sejarah Cina (Ssu-ma Chien), penulisan sejarah Islam (al-Mas'udi, al-Tabari, Ibn Khaldun, dan lain-lain), dan pensejarahan Melayu, yang dimulai dengan teks Sejarah Melayu dan historiografi negeri-negeri Melayu lainnya.Memandangkan penulisan sejarah di Timur tumbuh dan berkembang dalam "ruang dan waktu" yang tersendiri, maka ia mempunyai tradisi dan ciri-ciri yang tersendiri dan berbeza. Namun sebagai kajian perbandingan, sudah tentu wujud unsur dan nilai yang sama dan universal.
Topik 1: Pengenalan Kepada Pensejarahan
Sub Topik :
- Apakah Pensejarahan
- Persoalan dan Ruanglingkup kajian
- Tujuan, Fungsi dan Kepentingan Pensejarahan
Hasil Pembelajaran
Di akhir pelajaran, pelajar boleh
1- Menjelaskan Apakah yang dimaksudkan Sejarah
2- Membincangkan ruanglingkup pensejarahan, tujuan, fungsi dan kepentingan pensejarahan.
Kata Kunci: Pensejarahan, Sejarah, Zaman Separa Sejarah, Penulisan Sejarah
Pengenalan
Pensejarahan berasal daripada perkataan Sejarah.
Pensejarahan merujuk kepada samada kajian mengenai kaedah dan perkembangan sejarah sebagai satu disiplin atau kepada sesuatu karya sejarah yang khusus dalam satu topik. Ahli akademik sering membincangkan topik pensejarahan seperti pensejarahan barat, pensejarahan Islam, pensejarahan Melayu, serta pendekatan sejarah seperti sejarah politik, sejarah sosial dan sejarah ekonomi. Perbincangan atau kajian ini meliputi bagaimana sejarawan mengkaji atau menulis sesuatu yang dianggap besejarah, perkembangan falsafah sejarah, skop kajian dalam sesuatu penulisan, sudut pandangan pengkaji, interpretasi dan sebagainya.
Pensejarahan boleh didefinisikan sebagai kajian terhadap bagaimana sejarah telah dan sedang ditulis ataupun sebagai sejarah penulisan sejarah. Apabila anda mengkaji pensejarahan, anda tidak mengkaji peristiwa sejarah secara langsung, tetapi anda mengkaji perubahan interpertasi peristiwa-peristiwa tersebut dalam kajian beberapa orang sejarawan.
Pensejarahan secara ringkasnya sebagai ‘Sejarah Penulisan Sejarah’.
Apakah Sejarah
Apakah yang dimaksudkan dengan Sejarah? Anda telahpun mempelajari hal ini dalam kursus-kursus sejarah yang lepas. Sila tonton video dibawah sebagai mengingat kembali apakah yang dimaksudkan dengan sejarah.
Zaman Pra-SejarahSebelum munculnya penulisan sejarah, bahan-bahan bertulis sememangnya telah wujud namun bahan tersebut tidak dianggap sebagai penulisan sejarah.
Sila tonton video di bawah bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai penulisan dan zaman Pra-Sejarah.
Rumusan
Sejarah dan Pensejarahan saling berkait antara satu sama lain. Dalam pengkajian bidang sejarah, pensejarahan memainkan peranan penting bagi membolehkan kita memahami sesuatu peristiwa yang dikaji. Kita juga boleh mengkaji dan memahami sebab-sebab berlakunya perbezaan interpretasi dalam sesuatu peristiwa sejarah. Pensejarahan mempunyai pelbagai aliran dan setiap aliran mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Pengkajian mengenai pensejarahan akan menjadikan seseorang sejarawan lebih berwibawa dan mampu menghasilkan penulisan sejarah yang objektif dan menyumbang kepada pengetahuan sejarah kita semua.
Abu Talib Ahmad & C.B. Kheng (ed), Isu-isu Pensejarahan, P. Pinang: USM, 1995.
Mohd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Hj. Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
Mohd. Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.
Suntharalingam R., Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987.
-
View
Pelajar dikehendaki muat turun nota mengenai Sejarah dan Pensejarahan ini.
Selepas membaca nota, pelajar dikehendaki melakukan aktiviti pembelajaran 1.1, 1.2, dan 1.3 yang terdapat dalam bahan pembelajaran ini.
-
FeedbackView Submit feedback
Setelah selesai membaca bahan pembelajaran dan melakukan aktiviti pembelajaran, pelajar perlu menjawab Penilaian Kendiri di sini.
-