Topic outline
Main course page
-
-
Anda merasakan FYP Kick-Start ini bukan untuk anda kerana anda bukan pelajar proposal atau FYP?Jangan risau, pelajar bukan proposal atau FYP juga boleh mengikuti FYP Kick-Start ini kerana ia memberi anda kemahiran asas dalam menerokai, memperolehi dan menyusun sumber ilmiah akademia untuk pengajian universiti anda. Berita bagusnya, lagi awal anda mula lagi cepat anda akan menguasai pengajian anda!Webinar ini semua untuk pelajar mahasiswa yang perlu menulis esei, menyiapkan tugasan dan perlu membentang dan menulis kertas cadangan (proposal) dan/atau tesis Projek Tahun Akhir (FYP) .Tunggu apa lagi, jom masuk dan dengar.Terdapat dua webinar:
- Sains
🧑🏽💻Penceramah 1: Dr. Mohd. Asyraf Mansor (Bahagian Matematik)
🧕🏼Penceramah 2: ChM. Dr. Nurul Syafiqah Rezali (Bahagian Kimia) 👩🏻💼Moderator: Prof. Madya Dr. Lok Yian Yian (Bahagian Matematik)
- Bukan Sains
👨🏽💼Penceramah 1: Prof. Madya Dr. Mohd. Faiz Hilmi (Bahagian Pengurusan)
👨🏼🎓Penceramah 2: En Isaac Yap (Calon PhD Antropologi dan Sosiologi) 🧕🏼Moderator: Dr. Zurina Mohd Radzi (Bahagian Antropologi dan Sosiologi)
Pastikan anda mengikuti rakaman berdasarkan bidang anda.Rakaman Webinar FYP Kickstart - Literature Review (Science)Rakaman Webinar FYP Kickstart - Literature Review (Non-Science) - Sains
-
Penulisan esei merupakan salah satu elemen penilaian yang tidak asing dalam kalangan pelajar universiti.
Namun, adakah anda tahu CARA untuk menulisnya? Adakah anda sering buntu semasa menulis esei akademik? Adakah strategi popular “goreng secukupnya”, benar-benar berkesan dalam penulisan esei?
Jom ikuti webinar rakaman Pengembangan Idea Dalam Penulisan Akademik oleh Dr Darwalis Sazan.Klik tajuk di atas untuk bermula. -
Klik tajuk di atas untuk bermula.
-
Jom! Merujuk dengan Mendeley - Rakaman ini disediakan dengan kerjasama pihak perpustakaan USM. Rakaman menekankan kepentingan rujukan dengan menggunakan software Mendeley.Klik tajuk di atas untuk bermula.
-
Sebagai pelajar universiti, anda memang tidak dapat elak dari menyediakan senarai rujukan. Tahukah anda terdapat cara efektif untuk menguruskan senarai rujukan anda.
Mendeley merupakan satu perisian pengurus rujukan atau reference manager percuma. Ada masanya ia dikenali sebagai Citation Manager.
Tujuan utamanya adalah untuk membantu anda untuk mengurus rujukan anda dalam penulisan dan penyelidikan anda daripada pelbagai sumber seperti buku, bab dalam buku, artikel jurnal, petikan, surat akhbar, laman web dan sebagainya.
Ikuti rakaman kelas Mendeley ini untuk menyelami penggunaan Mendeley.
Anda boleh muat turun Mendeley dengan percuma di sini
Klik tajuk di atas untuk bermula.
-
Adakah anda tahu yang anda tidak boleh mengguna data atau maklumat di google dengan sewenangnya untuk penulisan universiti anda?Tahu tak anda kebolehan untuk mencari maklumat akademik merupakan satu kemahiran?Rakaman webinar dengan kerjasama perpustakaan USM ini bertujuan menunjukkan strategi kepada pelajar untuk mencari maklumat akademik.Jom mantapkan kemahiran akademik!Klik tajuk di atas untuk bermula.
-
Pensyarah sentiasa mengingatkan jangan plagiat. Kalau plagiat boleh gagal!Tetapi apakah itu plagiat? Dan apakah kaitan plagiat dengan citation?Rakaman webinar bersama dengan perpustakaan USM ini akan memperkenalkan apakah itu plagiat dan seterusnya membawa pelajar mengenali citation.Klik tajuk di atas untuk bermula.
-
Tahukah anda PowerPoint bukan lah satu-satunya pilihan yang anda ada setiap kali menyediakan bahan pembentangan?Melalui webinar Alternatif kepada PowerPoint pelajar diberi pendedahan berkenaan beberapa aplikasi reka bentuk grafik dalam talian (online graphic design tool).Tonton rakaman sesi webinar ini untuk maklumat lanjut!Klik tajuk di atas untuk bermula.
-
Peperiksaan Akhir menjelang tiba. Adakah anda dalam mod panik? Atau tenang dan bersahaja?
Apa jua perasaan anda buat masa ini, jangan bimbang, ia adalah emosi normal bagi semua individu yang bakal menduduki peperiksaan. PPPJJ melalui Unit SAS bersedia membantu mengurus emosi dan stres anda.
Sesi rakaman webinar ini akan mengetengahkan TIGA (3) agenda:- Tips menjawab Soalan Objektif Aneka Pilihan serta Soalan Struktur dan Esei.
- Pengurusan stres sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. It’s okay to feel stressed during this time!
- Suntikan motivasi menjelang saat penting ini.
Selamat mengulangkaji!Klik tajuk di atas untuk bermula. -
Klik tajuk di atas untuk bermula.
-