Enrolment options

KURSUS INI TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN IAITU TENTANG TEKS SASTERA SEJARAH DAN SASTERA EPIK. BAHAGIAN PERTAMA MENJURUS PERBINCANGAN MENGENAI TEKS SASTERA SEJARAH DAN EPIK; TENTANG CORAK KAJIAN TERHADAP KEDUA-DUA GENRE SASTERA INI YANG DILAKUKAN OLEH SARJANA-SARJANA BARAT DAN TEMPATAN. SARJANA-SARJANA BARAT UMUMNYA MENGKAJI TEKS SASTERA SEJARAH DAN EPIK BERCORAK HISTORIKAL; PENEKANAN DIBERIKAN TERHADAP KELAHIRAN TEKS ATAU LITERARY EVENT SERTA KEBENARAN FAKTA SEJARAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN TEKS TERTENTU. PENDEKATAN SEPERTI INI MENGABAIKAN ASPEK TEKS SASTERA SEJARAH DAN EPIK TERSEBUT. UMUMNYA SARJANA-SARJANA TEMPATAN PULA MEMPERSOALKAN KEWAJARAN PENDEKATAN OLEH SARJANA-SARJANA BARAT DENGAN HUJAH-HUJAH ILMIAH YANG KONKRIT. DARIPADA HUJAH-HUJAH TERSEBUT DAPAT DIBUKTIKAN BAHAWA SASTERA SEJARAH DAN EPIK MEMPUNYAI NILAI YANG AMAT TINGGI SEBAGAI HASIL KESUSASTERAAN DAN KARYA BERUNSUR SEJARAH DARI ZAMAN SILAM. ANTARA TEKS SASTERA SEJARAH PILIHAN IALAH HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI, SEJARAH MELAYU, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA, TUHFAT-AL-NAFIS DAN SYAIR SULTAN MAULANA. KAJIAN KE ATAS TEKS INI DILAKUKAN DARI ASPEK EKSTRINSIK DAN INTRINSIK. DARI SEGI EKSTRINSIK, DIBINCANGKAN SECARA RINGKAS SAHAJA MENGENAI PENGARANG DAN TARIKH TEKS TERSEBUT DIHASILKAN. KAJIAN DARIPADA ASPEK INTRINSIK DILAKUKAN MENERUSI PENDEKATAN STRUKTURAL ATAU FORMALISTIK. BAHAGIAN KEDUA IAITU SASTERA EPIK AKAN MERUJUK ANTARA LAIN TEKS EPIK MELAYU PILIHAN IAITU HIKAYAT HANG TUAH. ULASAN DILAKUKAN DARI ASPEK EKSTRINSIK DAN INTRINSIK SEPERTIMANA YANG DIBINCANGKAN DI DALAM TEKS SASTERA SEJARAH DI ATAS.
Skill Level: Beginner
Guests cannot access this course. Please log in.