Kursus ini akan memperkenalkan isu-isu yang berkait dengan proses perindustrian sesebuah negara terutamanya di negara membangun seperti Malaysia. Persoalan-persoalan seperti struktur, gelagat dan prestasi industri akan disentuh pada permulaan kursus. Seterusnya perbincangan akan ditumpukan kepada teori-teori yang menghuraikan penumpuan, lokasi dan integrasi industri. Fungsi pengeluaran dan teknologi, dan pengaruhnya juga akan diteliti. Akhirnya kursus ini akan menghuraikan dengan terperinci peranan firma multinasional dalam ekonomi global masakini serta impaknya ke atas negara sedang membangun.
Skill Level: Beginner