Pengajian Sains Sosial merupakan suatu bidang ilmu yang sangat luas dan subjektif. Bagi memastikan ia difahami secara tepat dan mendasar, kursus ini bertujuan memperkenalkan falsafah bagi pengajian sains sosial. Falsafah ini merangkumi pengertian konsep ilmu pengetahuan dan sifat-sifatnya termasuk persoalan dan keperluan melihat kajian sains sosial sebagai suatu yang menyeluruh. Ia juga akan mengupas bagaimana falsafah sains sosial memberi kesan kepada kaedah penyelidikan dan kajian lapangan. Salah satu konsep asas yang akan diperkenalkan adalah kelestarian ilmu dalam konteks sains sosial. Kursus ini juga akan akan melihat implikasi ideal kajian sains sosial dalam melihat kejadian semasa.
Perbincangan tentang falsafah tersebut akan merujuk kepada teori-teori asas yang digunakan dalam disiplin sains sosial Barat dan Asia. Ia akan membincangkan pendekatan dalam sejarah dan juga perspektif dan aliran yang baru diperkembangkan atau menerima perhatian bagi memperlihatkan keutamaan ilmu tempatan dan global dan keperibumiaan ilmu sains sosial.
Beberapa persoalan utama yang akan diterokai adalah melihat fitrah sains dan melihat falsafah serta metodnya. Adakah sains tulen boleh menjadi model kepada kepada sosial sains. Bagi tujuan ini persamaan dan perbandingan keduanya akan dibahaskan dari sudut epistemologi, ontologi akan dibincangkan dengan melihat kepada topik penghujahan sosial dan perundangan, fungsionalisme dan behaviorisme, penterjemahan dan pengertian, rasionalisme (kefahaman rentas budaya), individualisme dan holisme dan sebagainya.

- Lecturer: DR. CHUA HANG KUEN
- Lecturer: DR. RADZIAH BINTI ADAM
- Lecturer: DR. SAIYID RADZUWAN BIN S.GHALIB @ SYED SOPI
Skill Level: Beginner