Kursus ini bertujuan menilai kebolehan pelajar memilih satu tajuk, mengkaji tajuk tersebut secara ilmiah dan menulis satu laporan yang berkaitan dengannya. Tajuk ini boleh dipilih berasaskan artikel ilmiah yang berkaitan dengan sesuatu isu mikroekonomi atau makroekonomi, sama ada menyentuh permasalahan di peringkat tempatan, wilayah atau antarabangsa. Perkara-perkara yang akan ditekankan ialah teknik penyelidikan praktikal seperti penyediaan cadangan penyelidikan, pengumpulan maklumat, pemilihan maklumat yang relevan, penilaian dan penganalisisan maklumat dan penyampaian maklumat dalam bentuk penulisan.
Skill Level: Beginner