Bahasa Melayu:
Kursus ini bermula dengan aspek "teori tulen" perdagangan antarabangsa iaitu model mengenai arah aliran perdagangan, kebaikan atau faedah daripada perdagangan bebas serta teori perdagangan moden; ini diikuti dengan kesemua aspek perdagangan tidak bebas, termasuk alasan, alat dan kesan perdagangan tidak bebas. Bahagian ketiga ialah tentang isu-isu blok perdagangan wilayah; ini diikuti dengan perbincangan tentang kesan pertumbuhan faktor pengeluaran terhadap perdagangan antarabangsa. Bahagian akhir membincang tentang institusi perdagangan antarabangsa seperti GATT dan WTO dan isu-isu terkini tentang perdagangan antarabangsa.

English:
This course begins with pure-trade theories which deal with the direction of trade and advantages of free trade and modern trade theories; this is followed by all aspects restricted trade, including reasons, means and effects of restricted trade. The third section deals with issues on regional trading block; this is followed by a discussion of the effects of the growth of factors of production on international trade. The last section deals with institutional aspects, such as GATT and WTO and current issues on international trade.
Skill Level: Beginner