Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu mikroekonomi dan makroekonomi.

Tajuk-tajuk perbincangan bahagian mikroekonomi termasuk takrifan ekonomi, perubahan permintaan, penawaran dan keseimbangan pasaran, asas dalam teori kos, pasaran persaingan sempurna, monopoli, persaingan bermonopoli dan oligopoli.

Tajuk-tajuk perbincangan bahagian makroekonomi pula termasuk pengukuran pendapatan negara, penentuan pendapatan negara, permintaan dan penawaran agregat, dasar fiskal dan kewangan, pertumbuhan,inflasi dan pengangguran dan konsep penting ekonomi terbuka.

Bagi setiap tajuk tersebut, sekurang-kurangnya satu isu ekonomi yang berkait dengan tajuk berkenaan akan dibincangkan.
Skill Level: Beginner