Perancangan Akademik JMK 421/4 KESUSASTERAAN DAN CEREKA SAINS Sidang Akademik 2022/2023 JMK 421/4 KESUSASTERAAN DAN CEREKA SAINS Penyelaras Kursus: Cik Asniza binti Zakaria A. Introduction Kursus ini bertujuan untuk menjelaskan perkaitan antara bidang kesusasteraan dan bidang sains. Karya cereka sains yang terpilih akan dikaji daripada segi genre dan perkembangannya serta medium penyampaian. B. Hasil Pembelajaran Selepas mengikuti kursus ini, pelajar dapat: 1.menjelaskan bahawa bidang kesusasteraan tidak jumud, malah sesuai dengan semua bidang sains 2.menjelaskan bidang sains boleh menjadikan bidang sastera sebagai medium untuk menyampaikan informasi 3.membezakan antara cereka sains dengan cereka-cereka lain 4.membincangkan impak kemajuan sains terhadap kehidupan secara tidak langsung C. Course Content Lima (5) karya utama yang akan dikaji: 1.Wizra (2016), Ahmad Patria (Novel) 2.Leksikon Ledang (2015), Nor Azida Ishak & Fadli Al-Akiti. (Novel) 3.Terminator 3: Rise of the Machines (2003), diarahkan oleh Jonathan Mostow 4.Desolasi (2016), diarahkan oleh Mohd. Syafiq bin Mohd. Yusof 5.Jurassic Park(1993), diarahkan olehSteven Spielberg. 6.Space Sweepers (2020), diarahkan oleh Joo Sung-hee. C. Pentaksiran Kursus Pentaksiran Berterusan - 20% Tugasan - 20% Peperiksaan Akhir - 60% D. Kursus Intensif Kursus Intensif akan di adakan pada bulan Februari 2022. E. Video Conferencing / WEBEX Terdapat slot WEBEX yang telah ditetapkan iaitu sebelum dan selepas kursus intensif. EMPAT slot sebelum kursus intensif. manakala slot yang berbaki selepas kursus intensif. Topik-topik perbincangan adalah seperti berikut: (Berdasarkan perancangan dan tertakluk juga kepada perubahan) 1.Pengenalan kepada kursus 2.Wizra (2016), Ahmad Patria bin Abdullah(Novel) 3.Leksikon Ledang(2015), Nor Azida Ishak & Fadli Al-Akiti. (Novel) 4.Desolasi(2016), diarahkan oleh Mohd. Syafiq bin Mohd. Yusof 5.Terminator 3: Rise of the Machines (2003), diarahkan oleh Jonathan Mostow 6.Jurassic Park(1993), diarahkan olehSteven Spielberg. 7.Space Sweepers (2020), diarahkan oleh Joo Sung-hee. 8.Membezakan antara cereka sains dengan cereka-cereka lain 9.Membincangkan impak kemajuan sains terhadap kehidupan secara tidak langsung. F. Assignment Dengan merujuk kepada filemJurassic Park (1993) yang diarahkan olehSteven Spielberg dan novel Leksikon Ledang(2015), karya Nor Azida Ishak & Fadli Al-Akiti, bincangkan tentang sumbangan sains dalam karya tersebut dan kaitkan dengan kemanusiaan sejagat. Arahan: i) Tugasan anda haruslah dalam lingkungan 1,800 to 2,000 patah perkataan. ii) Tugasan anda perlu dihantar pada atau sebelum 20 Mac 2023. iii) Sebarang permohonan untuk lanjutan tempoh penghantaran tidak akan dilayan. iv) Penghantaran yang lewat boleh menyebabkan anda diberikan Gred F. v) Sila pastikan tugasan anda bebas plagiarism. Tindakan tegas akan dikenakan ke atas sebarang bentuk plagiarism. G. Rujukan: 1.Mann, George (ed.). 2001. The Mammoth Encyclopedia of Science Fiction. London: Robinson. 2.Othman Puteh. 1989. Sastera Remaja Ditinjau Daripada Beberapa Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 3.Roberts, Adam. 2000. Science Fiction (the New Critical Idiom). London: Routledge. 4.Rubaidin Siwar. 1993. Fiksyen Kanak-kanak :Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5.Scalzi, John. 2005.The Rough Guide to Sci-Fi Movies. New York: Rough Guides Ltd.,
Skill Level: Beginner