MAKLUMAN TARIKH AKHIR PERMOHONAN BAGI SIDANG AKADEMIK 2026/2027:
I. TAMBAHAN UNIT UNTUK
DIDAFTARKAN (PELAJAR TAHUN AKHIR)
II. PERTUKARAN MAJOR (DALAM /
LUAR RANCANGAN PENGAJIAN)
III. RAYUAN SAMBUNG SEMULA
PENGAJIAN
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir bagi permohonan
berikut ialah pada 16 OKTOBER
2026 (JUMAAT):
I. PERMOHONAN TAMBAHAN UNIT UNTUK DIDAFTARKAN PADA SIDANG AKADEMIK 2026/2027 (PELAJAR TAHUN AKHIR SAHAJA)
- Pelajar perlu membuat pendaftaran sendiri terlebih dahulu melalui sistem eDaftar bagi kursus-kursus yang perlu di ambil bagi Sidang Akademik 2026/2027.
- Pelajar perlu mengisi
template surat permohonan seperti yang dilampirkan dalam hebahan terdahulu.
- Sila kembalikan template surat tersebut yang telah lengkap diisi melalui emel kepada tda_cde@usm.my.
- Status akademik pelajar adalah aktif semasa permohonan dibuat.
- Pelajar perlu mengisi template permohonan pertukaran major yang boleh dimuat turun daripada portal PEARL.
- Sila lampirkan bersama salinan sijil/transkrip akademik yang dihantar semasa permohonan pertama ke RPJJ.
- Template dan salinan sijil/transkrip perlu dihantar melalui emel kepada tda_cde@usm.my
- Surat permohonan dihantar melalui emel kepada tda_cde@usm.my
- Pelajar perlu pastikan yuran tertunggak telah diselesaikan dan kelulusan MUET telah dihantar untuk dikemaskini oleh PPPJJ.
Sekian, terima kasih.
Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa)